Nafuzi Zain Mahu Kedah ‘Henyak’ Habis-Habisan Buru 3 Mata
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Selepas menjadi mangsa belasahan Johor Darul Ta’zim (JDT) 6-0 di Stadium Sultan Ibrahim, jurulatih Kedah, Nafuzi Zain tidak mahu lagi pisang berbuah dua kali. Dengan KL City lawan Liga Super Sang Kenari seterusnya, Nafuzi mahu anak-anak buahnya bangkit memburu tiga mata esok.

Sambil mengakui kekalahan tersebut sebagai di luar jangkaan semua termasuk dirinya, beliau bagaimanapun bersyukur kerana mendapat sokongan ramai untuk bangkit semula. Dan Nafuzi berharap kepercayaan itu dapat dibalas dengan mengalahkan KL City yang dibimbing Bojan Hodak.

“Memang kita rasa kekalahan 6-0 dengan JDT itu amat mengejutkan. Saya sendiri pun tidak menjangkakan keputusan tersebut kerana bagi saya, sebelum ini saya jumpa JDT pun pertama kali, keputusan ini kira luar jangka.

Advertisements

“Dari segi pengurusan, saya berterima kasih kerana walaupun tewas (mereka) memberi sokongan (dan) motivasi kepada saya sendiri untuk bangkit dan melupakan kekalahan sebelum ini. Dan fokus kembali dengan lebih kuat untuk kita bertemu dengan Kuala Lumpur (City).

“Kita ambil perlawanan itu sebagai iktibar, sebagai pengajaran untuk melihat tahap mana kita berada. Mungkin kita tahu kita belum cukup bagus lagi. Kalau kita bagus, kita tidak akan mendapat keputusan sebegitu. Dan kekalahan yang besar itu menjadi pengajaran, iktibar untuk pasukan,” katanya kepada Astro Arena untuk sidang media pra-perlawanan Kedah-KL City hari ini.

Advertisements

Untuk aksi Liga Super esok, Sang Kenari terpaksa melupakan khidmat duo pertahanan, Akmal Zahir dan Heshamudin Ahmad akibat kecederaan. Walaupun turun tanpa kelibat duo berkenaan, Kedah berharap dapat menjadikan City Boys sebagai medan kebangkitan dan peluang mengutip tiga mata penuh.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram