Nafuzi Zain Puas Hati Pencapaian Kedah Musim Ini
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain tetap berpuas hati dengan pencapaian pasukan kendaliannya musim ini apabila berjaya mendapatkan kedudukan empat terbaik dalam saingan Liga Super.

Kedah terpaksa akur dengan kedudukan keempat selepas mereka tewas 0-2 kepada pasukan tuan rumah, Sabah FC dalam aksi Liga Super semalam.

Kekalahan tersebut menyaksikan Kedah yang sebelum perlawanan menduduki tangga ketiga telah dipintas Sabah yang berjaya merampas kedudukan ‘Top 3’ tersebut.

Advertisements

Nafuzi ketika ditemuramah selepas perlawanan berpendapat, kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi terbaik namun kecemerlangan benteng Sabah berjaya menjamin kemenangan buat Sabah.

“Saya rasa persembahan yang baik oleh kedua-dua pasukan. Separuh masa kedua, kita lihat Kedah lebih baik berbanding separuh masa pertama.

“Separuh masa pertama kita melepaskan gol yang mudah, memberi keselesaan buat pasukan Sabah. Kita cuba bangkit namun pertahanan Sabah beraksi dengan sangat baik,” jelas Nafuzi.

Advertisements

Untuk musim pertamanya mengendalikan Kedah, Nafuzi tetap berpuas hati dengan pencapaian empat teratas liga walaupun terpaksa akur apabila kehilangan tempat kedua dan ketiga.

“Saya rasa saya lebih kepada berpuas hati. Di musim pertama saya, kita berada di empat teratas, dua perlawanan terakhir penentuan tempat kedua dan ketiga. Saya rasa, satu pencapaian yang cemerlang bagi saya sendiri bersama pemain,” ulas Nafuzi lagi.

Dengan tamatnya saingan Kedah musim ini di tangga keempat liga, dijangkakan khidmat Nafuzi akan terus digunakan pasukan Kedah bagi musim hadapan memandangkan beliau masih mempunyai baki kontrak untuk satu musim lagi.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram