Nafuzi Zain Tak Mahu Terengganu Ulangi Kesilapan Mudah Lagi
Dunia
Unifi TV
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC, Nafuzi Zain merakamkan rasa teruja dan berpuas hati atas usaha gigih anak buahnya yang berjaya membenam cabaran Kedah Darul Aman dengan keputusan 2-1.

Pengendali berusia 42 tahun itu memberi pandangan beliau mengenai persembahan Terengganu selepas tamat perlawanan di Gong Badak, semalam.

Menurutnya, pasukan kendaliannya telah menampilkan persembahan yang cukup memberangsangkan sungguhpun terpaksa berhadapan dengan permulaan yang agak perlahan.

Advertisements

“Kita dapat lihat hari ini pasukan (Terengganu) bermula dengan agak perlahan.”

“Tapi ini juga mungkin disebabkan pasukan telah berehat lama jadi agak sukar untuk kembali mendapat rentak.”

Walau bagaimanapun, Nafuzi tetap yakin dengan kemampuan dan tugas cemerlang yang dijalankan oleh anak buahnya dalam memastikan Kedah tidak mendapat peluang terbuka untuk menjaringkan gol. 

Advertisements

“Akan tetapi sangat berpuas hati dengan usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh anak buah saya.”

“Hari ini kita berjaya dapatkan 3 mata berharga,” jelasnya dalam temubual selepas perlawanan semalam.

Namun begitu, pengendali kelahiran Kelantan ini mahu memastikan pasukannya tidak lagi mengulangi kesilapan muda yang telah menyebabkan pintu gol Terengganu dibolosi saat akhir.

Advertisements

“Kita ada lakukan kesilapan paada saat akhir sehingga Kedah dapat menjaringkan gol dan kita perlu mengelakkan perkara ini daripada terjadi lagi.”

Terengganu kini melonjak tangga ke-4 liga setakat ini apabila mengumpul 16 mata selepas 9 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram