Stadium Darul Makmur kini dalam proses menaik taraf fasilitinya apabila sebanyak RM4.6 juta telah dibelanjakan bagi proses ini berjalan.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh YB Fadzli Bin Mohamad Kamal yang merangkap Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Pahang.
Beliau memberitahu bahawa proses menaik taraf Stadium Darul Makmur kini dijalan secara bersungguh-sungguh.
Antara fasiliti yang telah ditambah baik oleh pihak perbadanan stadium termasuklah trek, balapan dan juga tempat duduk di grandstand.
“Lebih 1600 tempat duduk di kawasan grandstand Stadium Darul Makmur ini siap dipasang sepenuhnya.”
“Sebentar tadi saya baru cuba trek dan balapan di stadium ini sudah siap sepenuhnya,” jelasnya dalam satu hantaran Tiktoknya.
Kawasan trek juga akan dibuka sepenuhnya kepada orang awam untuk datang dan menggunakannya.
Proses naik taraf stadium ini difahamkan menelan belanja sehingga RM4.6 juta dengan beberapa perkara masih dalam proses penambahbaikan.
Fadzli juga memberitahu bahawa akan ada lagi khabar gembira kepada para penyokong namun mengakui seperti penukaran lampu limpah di stadium namun memerlukan masa disebabkan kos yang begitu tinggi.
Perkara ini juga memberi bayangan akan ada usaha menaik taraf padang sedia ada tatkala negeri-negeri seperti Sabah, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan menyambut baik cadangan penukaran rumput oleh Kementerian Belia dan Sukan.