Naik Taraf Stadium MBPJ Menunjukkan Kemajuan Positif
Liga Super
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Advertisements

Proses menaik taraf Stadium MBPJ menunjukkan perkembangan yang positif menjelang sepak mula Liga Malaysia 2024/2025 tidak lama lagi.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyaksikan kehadiran DYTM Raja Muda Selangor ke stadium berkenaan bagi mendengar taklimat dan meninjau perkembangan mengenai proses naiktaraf di situ.

”Sesi Taklimat Menaiktaraf Dan Transformasi Stadium MBPJ Kepada DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di SS7 Kelana Jaya,” tulis Majlis Bandaraya Petaling Jaya di kapsyen.

Advertisements

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga memperlihatkan keadaan semasa stadium yang bakal digunakan oleh Selangor FC bagi musim hadapan.

Antara pembaharuan yang diperhatikan adalah tempat duduk penonton telah dipasang sepenuhnya dengan warna merah, kuning dan biru di kawasan berhadapan grandstand.

Advertisements

Selain itu, terdapat juga rangka bumbung yang sedang di dalam proses pembinaan di kawasan belakang pintu gol yang difahamkan merupakan kawasan Ultras Selangor.

Stadium MBPJ kini sedang menjalani proses naiktaraf infrastruktur bagi memastikan venue ini memenuhi keperluan untuk saingan liga musim hadapan.

Advertisements

Ditambah pula, The Red Giants yang bakal beraksi di pentas AFC Champions League 2 (ACL2) musim hadapan memerlukan stadium yang selesa bagi para pemain dan penonton.

Selangor FC berjaya melayakkan diri ke ACL2 selepas bergelar naib juara Liga Super Malaysia musim lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram