Nak Dapat Pemain Terbaik Dan Berkualiti, Sudah Tentu Nilainya Tinggi
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah hari ini tampil menasihati kelab-kelab dalam Liga Malaysia agar sentiasa membuat perancangan yang realistik bagi pemilihan pemain dalam pasukan.

Effendi berpendapat bahawa setiap kelab perlulah berhemah dalam berbelanja dan mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan seseorang pemain berkualiti, perlulah soal selidik dahulu tanda harga pemain itu. 

“Bagi mendapatkan pemain terbaik dan berkualiti, sudah tentu nilainya tinggi. Tetapi saya perlu menjelaskan bahawa mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan pemain berkualiti, perlu betul-betul selidik status pemain itu.”

Advertisements

Ejen terkenal itu juga menyatakan adalah menjadi satu kesilapan jika sesebuah kelab itu berbelanja di luar kemampuan. Penilaian harga bagi seseorang pemain itu turut penting bagi memastikan bayaran kepada pemain itu adalah berbaloi.

“Tak salah untuk mendapatkan pemain terbaik dan berkualiti bagi menguatkan pasukan. Tetapi apa yang salah, apabila pasukan itu berbelanja di luar kemampuan mereka.”

“Jadi penilaian harga seseorang pemain itu penting sebelum kontrak ditawarkan. Paling penting, adakah bayaran kepada pemain itu berbaloi kepada pasukan,” kata Effendi kepada Sinar Harian.

Advertisements

Menurut Sinar Harian, Effendi Jagan merupakan antara ejen pemain yang terkenal dan berpengalaman. Beliau sebelum ini pernah mebawa masuk nama-nama besar dalam kancah Liga Malaysia seperti Juan Manuel Arostegui, Bruno Martelotto dan Marlon Alex James.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram