Nama ‘Cools 21’ Terpapar Dalam Video Pengenalan Fernando Forestieri
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Satu momen yang menjadi perbahasan hangat ketika video pengumuman Fernando Forestieri dilancarkan pada Isnin.

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan kepulangan penyerang sensasi, Fernando Forestieri bersama pasukan pada Isnin.

Menerusi video pengumuman itu, terdapat satu babak sekali imbas yang menjadi perbualan hangat para peminat bola sepak tempatan.

Advertisements

Babak tersebut memaparkan tulisan ‘Cools’ beserta nombor 21 di alat pendingin hawa di dinding.

Babak ini kemudiannya menjadi tular dan menjadi buah mulut peminat.

Sesetengah peminat mula untuk mengaitkan spekulasi skuad Harimau Selatan itu dan juga kapten Harimau Malaya, Dion Cools.

Advertisements

Ditambah pula, pertahanan yang kini beraksi di Liga Thailand bersama Buriram United itu menggunakan jersi bernombor 21 ketika beraksi.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah khabar angin dalam kalangan peminat dan tiada pengesahan rasmi baik dari pihak Cools mahupun JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram