Nasib 4 Pemain Kacukan Di Tangan Kim Pan-gon
Harimau Malaya
FA MALAYSIA
Advertisements

Keputusan akhir tentang nasib pemain warisan untuk mewakili negara terletak di tangan ketua jurulatih, Kim Pan-gon.

Perkara ini dijelaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman yang memberitahu bahawa badan induk itu telah memiliki senarai awal 3 hingga 4 pemain warisan.

Namun begitu, beliau yakin semuanya terletak di tangan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan pengendali skuad Bawah 23 (B-23) tahun, Juan Torres Garrido.

Advertisements

“Saya sudah maklumkan sebelum ini bahawa kami telah kenal pasti beberapa pemain. Kami juga mengalu-alukan jika ada maklumat atau maklum balas daripada luar.”

“Cuma pada akhirnya, kami akan bagi kepada ketua jurulatih, Kim Pan-gon atau Juan torres untuk menilai sama ada boleh dipanggil atau tidak.”

Setakat ini, FAM mengesahkan bahawa beberapa pemain sudah pun dipantau rapi namun menyerahkan segala keputusan kepada ketua jurulatih.

Advertisements

“Memang kami sudah bagi tiga atau empat (nama) pemain warisan untuk mereka nilai,” katanya pada sesi sidang media mesyuarat jawatankuasa FAM kali ke-10.

Sebelum ini, beberapa nama hangat diperkatakan kerana memiliki profil yang cukup memberangsangkan seperti Ferdy Druijf, Wounter Burger dan lain-lain sedang berkembang dengan baik di Eropah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram