Nasib Berbeza Caion & Ayron Del Valle Di Liga Malaysia

Ayron Caion Nasib Berbeza Caion & Ayron Del Valle Di Liga Malaysia
MFL & Selangor FC
Nik Faris @nikfalovic
10:17am 28/06/2023

Perjalanan yang ditempuhi oleh dua penyerang import Liga Super, Ayron Del Valle dan Herlison Caion cukup berbeza pada musim ini.

Selangor membuat keputusan untuk membawa masuk bekas penjaring terbanyak Liga Colombia itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Caion yang berhijarah ke seteru setempat, KL City.

Keputusan The Red Giants nyata berbaloi apabila pemain berusia 34 tahun itu membuktikan ketajamannya sekaligus menyaksikan pembeliannya berbaloi buat pasukan.

Bekas pemain Querétaro FC itu mula mendapat sentuhan penyudah sungguhpun agak bergelut untuk menyesuaikan diri pada awalnya.

Beliau ketika ini sudah pun meledak 16 gol dalam semua pertandingan dan berada di landasa terbaik untuk merebut kasut emas Liga Super dengan 13 gol setakat ini.

Keadaan ini berbeza dengan nasib seorang lagi bekas bintang Selangor iaitu Herlison Caion yang akhirnya ‘angkat kaki’ meninggalkan Liga Malaysia.

Pemain berusia 32 tahun itu memilih untuk menyertai The City Boys bagi musim ini namun perjalanan kariernya tidak seperti yang diharapkan.

Bintang kelahiran Brazil ini bergelut di bawah kendalian Bojan Hodak apabila menerima saingan sengt daripada pemain-pemain seperti kapten pasukan, Paulo Josue, Romel Morales dan juga Tcetche Kipre di bahagian serangan.

Caion hanya mampu menjaringkan dua gol dan tiga bantuan gol dalam 16 aksi pada musim ini sekaligus menyaksikan beliau meninggalkan pasukan untuk menyertai gergasi Vietnam, Hanoi FC.

Ketika bersama Selangor, Caion menjadi antara watak penting buat pasukan setelah meledak 20 gol dalam semua pertandingan.

Kini, beliau dan pasukan membawa haluan baharu dalam mengembangkan perjalanan masing-masing sementara Ayron terus menjadi watak penting pasukan.