Nasib Berbeza Dua Penyerang Utama Harimau Malaya
Harimau Malaya
Khairul / Makanbola
Advertisements

Berbaki lebih kurang lapan bulan sebelum berlangsungnya Piala Asia 2023, ramai pemain sudah mula mengintai tempat dalam skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon.

Namun nasib berbeza buat dua penyerang utama skuad negara iaitu Darren Lok dan Syafiq Ahmad. Umum mengetahui, kedua-dua pemain ini sentiasa menjadi pilihan utama Kim Pan-gon dalam mengisi posisi serangan skuad kebangsaan.

Bagi Darren Lok, beliau sudah tentu gembira dengan apa yang telah dilaluinya bersama Sabah FC musim ini. Bersama Sabah, Darren merupakan penyerang utama walaupun pada satu ketika, Sabah mempunyai penyerang import berbisa dari Nigeria, Jacob Njoku.

Advertisements

Untuk musim ini, Darren telah diturunkan dalam kesemua perlawanan yang melibatkan Sabah. Secara keseluruhan, 13 perlawanan telah dilalui Darren musim ini dan berjaya mencetak 4 jaringan buat skuad ‘Sang Badak’.

Konsistensi yang dipamerkan Darren sudah tentu akan mencerahkan peluang buat pemain berusia 32 tahun itu untuk terpilih ke Piala Asia 2021 Januari tahun hadapan.

Berbeza dengan apa yang dilalui Syafiq Ahmad yang kini beraksi bersama pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). Syafiq dilihat agak sukar menembusi skuad utama JDT malah beliau juga jarang disenaraikan dalam barisan pemain simpanan pada hari perlawanan.

Advertisements

Setakat ini, Syafiq hanya diturunkan dua kali dalam saingan Liga Super dengan mengumpul 14 minit permainan tanpa sebarang jaringan dapat dihasilkan.

Walaupun jarang diturunkan, latihan berintensiti tinggi yang diterapkan JDT sudah pasti akan dapat membantu Syafiq kekal cergas dan bersedia jika dipanggil ke kem skuad kebangsaan.

Ternyata Darren Lok dan Syafiq Ahmad mengalami dua situasi berbeza jika dinilai dari segi minit permainan dan gol yang telah dijaringkan bersama kelab masing-masing. Pemilihan pemain ke kem kebangsan sudah tentu akan dinilai dengan lebih rapi oleh Kim Pan-gon agar keputusan positif dapat diraih.

Advertisements

Skuad kebangsaan Malaysia dijadualkan akan bertemu dengan pasukan di ranking ke-132 dunia, Solomon Islands pada 14 Jun ini sebelum melayan kunjungan pasukan di ranking ke-157 dunia, Yemen pada 20 Jun. Kedua-dua perlawanan itu akan dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram