Nasib Lion City Sailors kini di tangan KL City selepas tewas dua perlawanan berturut sebelum ini dalam saingan Shopee Cup 2024.
Pemain tengah Lion City Sailors, Rui Pires akui ini adalah perlawanan penentuan bagi pasukannya untuk mendapatkan tiga mata pertama untuk memastikan peluang terus hidup.
Kedudukan ketika ini menyaksikan Lion City Sailors berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata. Sementara itu, KL City di tangga kedua berkongsi mata bersama Hanoi FC yang berada puncak kumpulan B.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kami perlu memenangi tiga mata ini kerana jika tidak, kami akan terkeluar daripada pertandingan ini.
“Kami tahu betapa pentingnya perlawanan ini, dan kami akan melakukan segala-galanya untuk mendapatkan tiga mata.
Pemain tengah Lion City Sailors, Rui Pires seru sokongan padu dari penyokong untuk membantu pasukan cipta kemenangan pertama di laman sendiri.
“Apabila stadium penuh, ia banyak membantu kami. Saya harap peminat datang esok untuk menyokong kami kerana kehadiran mereka sangat penting,” kata Rui Pires dalam sidang perlawanan sebelum aksi daripada LCS.
Lion City Sailors akan berdepan KL City pada hari esok, 9 Januari 2025 pada jam 7.45 malam waktu Malaysia bagi perlawanan ketiga peringkat kumpulan B.