Ads
Nasihat Johan Kamal Dorong Sikh Izhan Cari Angin Baru
Liga Super
Selangor FC/ Penang FC

Penjaga gol Selangor FC yang dipinjamkan ke Penang FC, Sikh Izhan menganggap nasihat daripada Ketua Pegawai Operasi (CEO) Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon mendorong beliau tinggalkan Selangor.

Advertisements

Johan Kamal dikatakan telah menasihati Sikh Izhan untuk berhijrah bagi minit permainan serta masa depan penjaga gol muda berusia 22 tahun itu.

Advertisements

“Penang adalah satu pasukan yang saya boleh bermain. Saya juga ada berhubung dengan Dr Johan, dia cakap untuk masa depan, minit permainan yang diminta, saya rasa lebih bagus untuk saya pergi ke tempat yang saya boleh bermain.

Advertisements
Advertisements

“Kita tahu, (persaingan) posisi penjaga gol Selangor agak kuat, saya rasa lebih baik saya pergi loan untuk minit permainan saya dan untuk jangka masa panjang pasukan Selangor juga,” jelas Sikh Izhan kepada MFL.

Sehingga setakat ini, Sikh Izhan telah beraksi lima perlawanan buat Penang dan merekodkan dua clean sheet dalam saingan Liga Super.

Advertisements
Advertisements

Selain beraksi cemerlang buat Penang, nama Sikh Izhan seringkali menjadi pilihan jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon untuk menyertai kem latihan skuad kebangsaan sejak kebelakangan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram