Advertisement
Natanael Siringoringo Mahu Kembali Ke Kelantan
Liga Super
MakanBola
Kelantan FC

Pemain sayap Kelantan FC, Natanael Siringoringo tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa dirinya masih merindukan kelab asalnya.

Bintang sensasi Indonesia itu kini dipinjamkan ke kelab Liga 1, Dewa United bagi musim ini telah menjadi tunjang utama pasukannya.

Beliau telah beraksi sebanyak 25 perlawanan dengan menjaringkan dua gol dan satu bantuan gol musim ini.

Menerusi satu perkongsian oleh pemilik kelab Kelantan FC, Zamsaham, beliau menunjukkan bahawa pemain tersebut masih merindukan The Red Warriors.

Zamsaham mahu pemain tersebut pulang beraksi bersama Kelantan setelah tempoh pinjamannya tamat.

“Nanti kamu main dengan Kelantan habis di Dewa ya. Penyokong semua bertanyakan kau Natanael. Mereka senang sama kamu.”

Nathanael memberitahu bahawa beliau bersedia untuk pulang ke pangkuan Kelantan setelah tempohnya di sana sudah tamat.

“Siap bos, saya pulang ke Kelantan habis di dewa,” jelasnya kepada Zamsaham.

Beliau pernah beraksi bersama pasukan pada tahun 2021 ketika beraksi di Liga Premier sebelum dipinjamkan ke Liga Indonesia semula.