Nathan Tjoe-A-On Tinggalkan Indonesia Lebih Awal
Asia
Nathan Noel
Advertisements

Pemain pertahanan Indonesia, Nathan Tjoe-A-On terpaksa meninggalkan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) lebih awal.

Meskipun berjaya membantu Tim Garuda layak ke suku akhir, beliau perlu kembali menyertai kelab Eredivisie, SC Heerenveen.

Ini kerana kelab Belanda itu hanya memberi tempoh perlepasan selama seminggu kepada Tjoe-A-On bersama Indonesia untuk Piala Asia B-23.

Advertisements

Perkara ini turut disahkan sendiri oleh Tjoe-A-On. Pemain pertahanan berusia 22 tahun itu akan berangkat pulang selepas perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Jordan pada 21 April lalu.

”Saya sudah (berada) di pesawat (untuk) kembali ke Belanda. Heerenveen hanya memberikan izin (kepada saya) ke Timnas Indonesia B-23 untuk satu minggu,” katanya seperti yang dilaporkan portal Kumparan.

Meskipun terpaksa pulang, Tjoe-A-On masih berharap dapat membantu Indonesia menentang Korea Selatan di peringkat suku akhir.

Advertisements

Atas sebab itu, beliau mendedahkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) kini berusaha merundingkan perlepasannya daripada Heerenveen.

“Kami (pengurusan PSSI) sedang berusaha mendapatkan izin kelab untuk melepaskan saya kembali dan bermain dalam perlawanan suku akhir Piala Asia B-23,” ujarnya.

Sepanjang kempen Kumpulan A, Tjoe-A-On telah membuat tiga penampilan untuk Tim Garuda. Beliau muncul sebagai pemain gantian semasa menentang Qatar dan dua kali dalam kesebelasan utama untuk perlawanan menentang Australia dan Jordan.

Advertisements

Sekiranya rundingan yang diusahakan PSSI tidak berhasil, jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong akan memanfaatkan Dony Tri Pamungkas sebagai pengganti Tjoe-A-On.

Indonesia bakal berdepan pasukan gergasi Asia, Korea Selatan untuk aksi suku akhir di Stadium Abdullah bin Khalifa pada 25 April ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram