Natxo Insa Lengkapkan Senarai Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Senarai 27 Pemain ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya bermula 10 Jun 2023 diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Kem latihan pusat skuad Harimau Malaya akan diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu bermula 10 Jun 2023 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, masing-masing pada 14 dan 20 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Selepas tersisih dari beberapa siri perlawanan skuad kebangsaan sebelum ini, nama Natxo Insa akhirnya kembali perkuat skuad Kim Pan-gon namun Malaysia kehilangan khidmat Dion Cools.

Advertisements

Berdasarkan senarai yang diumumkan, Kim Pan-gon mengekalkan seramai 17 daripada 27 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Johor Bahru, Johor pada Mac 2023.

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools tidak dapat bersama-sama untuk menyertai kem latihan pusat kali ini kerana melangsungkan majlis perkahwinannya.

Seramai 10 pemain baharu dipanggil kali ini termasuk lima pemain dari skuad Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 iaitu Safawi Rasid, Mukhairi Ajmal Mahadi, Haqimi Azim Rosli, Azam Azmi Murad dan Lee Tuck; tiga pemain yang kembali dipanggil iaitu Natxo Insa, Junior Eldstal dan Shahrel Fikri Md Fauzi serta penjaga gol, Azri Ab Ghani dan muka baharu, Syahir Bashah.

Advertisements

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk Perlawanan Antarabangsa Tier 1 yang pertama menentang Kepulauan Solomon pada Rabu, 14 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 9.00 malam sebelum menentang Papua New Guinea bagi aksi kedua pada Selasa, 20 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 9.00 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram