Advertisement
Natxo Insa Puji Kualiti Pertahanan Walaupun 2 Pemain JDT Terima Kad Merah
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Tonggak berpengalaman JDT, Natxo Insa memuji kualiti pertahanan yang dipamerkan pasukannya sewaktu JDT mengikat Buriram United dengan 9 pemain.

Murilo dilayangkan kad merah seawal minit ke-13 manakala pada minit ke-45 pula giliran Theerathon Bunmanthan dilayangkan kad merah.

Kedua-dua pasukan bermain dengan 10 pemain sebelum seorang lagi pemain JDT, Park Jun-Heong dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan.

JDT dan Buriram United terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan meraih satu mata berharga dalam saingan ACLE.

“Buriram adalah pasukan yang bagus. Apabila anda kekurangan seorang pemain ketika berlawan pasukan yang hebat, sudah tentu anda akan bergelut.

“Walaupun bermain 10 orang saya rasa kami bertahan dengan baik. Kemudian kami saling bermain 10 pemain menentang 10 pemain sebelum akhirnya seorang lagi dilayangkan kad merah pada penghujung permainan.

“Apabila kami kekurangan pemain mereka dapat mengawal bola lebih banyak tetapi saya rasa ini keputusan yang harus memuaskan untuk kedua-dua pasukan.” ujar Natxo Insa setelah tamat perlawanan.

JDT seterusnya akan menentang Central Coast Mariners untuk aksi ketujuh ACLE pada 11 Februari 2025 manakala KL City bakal menjadi lawan seterusnya buat JDT dalam kancah Liga Super pada 8 Disember ini.