Nazmi Faiz Cedera Ketika Sesi Latihan
Dunia
FAM
Advertisements

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini memaklumkan general tengah pasukan Johor Darul Ta’zim, Nazmi Faiz Mansor telah mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi FAM, Nazmi dimaklumkan telah mengalami kecederaan di bahagian pangkal peha.

“Dukacita dimaklumkan pemain tengah, Nazmi Faiz Mansor, dari Johor Darul Ta’zim (JDT) FC mengalami kecederaan pangkal paha ketika kem latihan pasukan kebangsaan,” ciap FAM.

Advertisements

Bagaimanapun, Kim Pan-gon dan barisan kejurulatihannya mengambil pendekatan untuk mengekalkan senarai 29 pemain dan tidak akan memanggil mana-mana pemain lain bagi mengganti posisi Nazmi.

“Pengurusan pasukan kebangsaan memutuskan tidak akan memanggil pemain gantian dan sebaliknya meneruskan kem latihan dengan 29 pemain sedia ada buat masa ini.”

Setelah tiga hari skuad Harimau Malaya menjalani latihan pusat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Nazmi terpaksa melupakan hasratnya untuk menyarung jersi kebangsaan kali ini.

Advertisements

Kini skuad kebangsaan bersama 27 lagi pemain lain akan meneruskan latihan sebelum terbang ke Singapura pada 22 Mac. Dua lagi tonggak pasukan iaitu Dion Cools dan Liridon Krasniqi akan terus terbang dari Belgium dan India terus ke Singapura.

Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Filipina pada 23 Mac dan Singapura pada 26 Mac 2022 kelak.

Semoga cepat sembuh, Nazmi!

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram