Nazmi Faiz Buktikan Dalam Kelas Tersendiri Ketika Turun Beraksi
Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Pemain tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Nazmi Faiz bin Mansor terus membuktikan kualitinya yang tersendiri setiap kali diberi peluang beraksi dalam kesebelasan utama bersama pasukan.

Terbaru, pemain berusia 27 tahun itu tenang mengawal jentera tengah pasukan juara itu ketika bergandingan bersama dua orang pemain tengah berpengalaman, Natxo Insa dan juga Afiq Fazail ketika menentang pasukan Kuala Lumpur City FC.

Ketika perlawanan tersebut, Nazmi beraksi dengan sangat baik untuk membantu pasukan melancarkan serangan ke gawang pasukan KL. Usaha gigih beliau membuahkan hasil apabila beliau berjaya menyudahkan hantaran jauh yang singgah di kakinya untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Nazmi juga dilihat bekerja keras untuk turut membantu barisan pertahanan bagi menghentikan serangan pasukan KL yang diketuai oleh bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali.

Sungguhpun pertarungan di bahagian tengah JDT terpaksa berhempas pulas menentang trio tengah pasukan pelawat yang diketuai oleh Romel Morales, Akram Mahinan dan juga bekas pemain tengah Perak FC, Kenny Pallraj.

Beliau juga beberapa kali cuba untuk melakukan hantaran-hantaran tepat untuk mencari barisan serangan pasukan yang diketuai oleh Bergson Da silva.

Advertisements

Prestasi yang ditampilkan oleh Nazmi ini nyata memberi kegembiraan kepada para penyokong yang masih ingin melihat pemain bertubuh kecil ini mengetuai jentera tengah Harimau Malaya.

Kali terakhir kelibat pemain ini dilihat ketika membantu pasukan kebangsaan dalam Kelayakan Piala Dunia 2022 pada tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram