Advertisements
Nazzab Hidzan Percaya Gol Arif Aiman Sepatutnya Dibatalkan
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas pemain bola sepak negara, Nazzab Hidzan melontarkan pandangan tersendiri apabila menyatakan bahawa gol pertama yang dijaringkan oleh pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman sepatutnya dibatalkan.

Beliau yang kini merupakan pengulas di RTM memberi komentar secara jelas tentang bagaimana situasi gol tersebut terlepas daripada pandangan pengadil perlawanan.

Harimau Selatan berjaya mendahului permainan menerusi satu serangan balas pantas yang menyaksikan pemain yang baru sahaja pulih daripada kecederaan itu meledak gol keempatnya musim ini.

Namun begitu, Nazzab merasakan bahawa gol tersebut sepatutnya dibatalkan kerana Arif dilihat melakukan kesalahan terhadap pemain pertahanan Sabah FC, Irfan Zakaria.

“Menurut pandangan saya, gol tersebut sepatutnya dibatalkan kerana terdapat kesalahan yang dilakukan terhadap Irfan Zakaria.”

“Saya melihat ada kesalahan apabila Arif membuat larian namun kita tiada VAR untuk melihat semula situasi tersebut,” jelasnya kepada RTM.

Pandangan ini bagaimanapun tidak dipersetujui oleh rakan pengulasnya yang merasakan bahawa situasi tersebut merupakan 50:50.

JDT memperoleh gol pembukaan menerusi Arif Aiman sebelum perancang tengah berbakat, Juan Muniz meletakkan pasukan tuan rumah dalam kedudukan selesa.