Negara ke-18 dunia berpeluang untuk menjadi lawan Harimau Malaya September ini.
Malaysia terus mengatur langkah ampuh dalam misi untuk menempah tiket ke pentas Piala Asia 2027 di Arab Saudi susulan kemenangan kedua pada peringkat kumpulan ke atas Vietnam dengan keputusan 4-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Hal ini selepas Harimau Malaya dikatakan bakal menyertai kejohanan CAFA Nations Cup 2025 selaku pasukan jemputan bersama-sama Oman (77). Kejohanan ini bakal bermula pada 26 Ogos hingga 9 September ini.
Malaysia berpeluang untuk menguji beberapa negara handalan Asia Tengah dengan peluang untuk bertemu pasukan ke-18 dunia iaitu Iran masih terbuka.
8 pasukan dijangka menyertai CAFA Nations Cup 2025 – Uzbekistan (57), Kyrgyzstan (103), Tajikistan (104), Turkmenistan (142), Afghanistan (160).
Russia yang sepatutnya turut serta dalam kejohanan ini telah membuat keputusan untuk menarik diri sekali gus membuka ruang untuk pasukan lain mengambil bahagian.
Harimau Malaya kini merekodkan dua kemenangan menentang Nepal dan Vietnam dan satu keputusan seri berdepan pasukan ke-72 dunia, Cape Verde dalam aksi persahabatan Tier 1.