Negara Ke-28 Dunia Malukan Belanda
MakanBola
Ons Oranje

Usaha Belanda meraih suntikan semangat sebelum beraksi di Piala Dunia 2026 terjejas apabila tewas kepada pasukan ke-28 dunia, Algeria.

Aksi menentang Algeria antara dua aksi pemanas badan yang diatur pengurusan Oranje bagi membantu persiapan anak buah Ronald Koeman.

Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat untuk perlawanan ini. Bek tengah Liverpool, Virgil van Dijk mengetuai benteng tuan rumah dengan Riyad Mahrez menjadi nadi kreatif Algeria.

Jentera serangan Belanda diketuai Donyell Mallen, Cody Gakpo dan Crysencio Summerville berusaha merobek gawang pasukan Afrika Utara itu tetapi tidak berhasil.

Tugas Belanda makin sukar kerana benteng Algeria diketuai anak Zinedine Zidane, Luca bekerja keras mengawal gawang mereka.

Tatkala Oranje terus mengasak, Algeria meraih gol kemenangan menerusi pemain gantian, Anis Hadj Moussa pada minit ke-86. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Persembahan cemerlang Luca dalam perlawanan itu turut diiktiraf Sofascore. Beliau mendapat markah 9.5 dengan Hadj Moussa mendapat 7.8.

Belanda akan menentang satu lagi negara, Uzbekistan dalam aksi persahabatan terakhir pada 9 Jun. Algeria pula fokus kepada aksi pertama Kumpulan J menentang juara dunia, Argentina pada 17 Jun.

Claim Money Packet TnG