Bekas pemain TRW Kelantan FC, Ikhwan Yazek memilih Negeri Sembilan sebagai pasukan baharunya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/2025.
Berita perpindahan ini disahkan oleh Negeri Sembilan FC dalam satu video yang dimuatnaik di media sosial rasmi pasukan.
”Ikhwan kini kembali menjadi sebahagian dari keluarga Negeri Sembilan FC,” tulis nsfc1923 di kapsyen.
Di dalam video tersebut menyaksikan pemain berusia 24 tahun itu diperkenalkan sambil memperagakan jersi tuan rumah Negeri Sembilan musim lalu yang berwarna merah.
Musim lalu, Ikhwan mencatatkan lima penampilan di pentas Liga Super dan berhasil melakukan satu bantuan jaringan sebelum terpaksa berehat panjang akibat kecederaan lutut yang serius.
Kelincahan beliau beraksi di posisi sayap membuatkan ramai peminat berasa kagum setiap kali melihat pemain kelahiran Pasir Mas, Kelantan bermain.
Untuk rekod, Ikhwan sebelum ini pernah beraksi bersama skuad Piala Presiden Negeri Sembilan pada musim 2021 sebelum menyertai Kelantan.
Ikhwan merupakan pemain baharu keenam yang diumumkan skuad Jang selepas Hein Thet Aung, Hadin Azman, Dzulfahmi Abdul Hadi, Syahmi Adib dan Alifh Aiman.