Selangor Hilang Dua Penjaga Gol Dalam Satu Masa
Transfer
NSFC/Penang FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Selangor FC kehilangan dua penjaga gol berbakat dalam satu masa.

Keputusan penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel yang membawa haluan ke utara tanah air menyaksikan pasukan hanya memiliki tiga penjaga gol berbakat.

Pemain berusia 22 tahun itu dipinjamkan kepada Negeri Sembilan pada musim lalu berjaya menampilkan persembahan cemerlang.

Advertisements

Beliau berjaya mencuri perhatian ketua jurulatih, Akmal Rizal apabila dipanggil memperkuatkan The Phanters bagi musim 2024/25.

Pemergian beliau disusuli oleh seorang lagi penjaga gol Selangor ll iaitu Syahmi Adib ke Negeri Sembilan menerusi satu kenyataan hari ini.

Penjaga gol muda negara ini membawa haluan baharu apabila menyertai skuad Jang bagi saingan musim 2024/25.

Advertisements

Pemain berusia 21 tahun itu merupakan pemenang Piala AFF B19 pada tahun 2019 selain turut mendapat panggilan untuk menyertai skuad kebangsaan B23 pada tahun lalu.

Sepanjang kariernya, Syahmi banyak beraksi bersama pasukan Selangor FC B23 dan mencatatkan sebanyak 928 minit permainan.

Ketika ini, Selangor hanya memiliki tiga penjaga gol berbakat iaitu Sam Somerville, Khairul Azhan dan juga Azim Al-Amin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram