Negeri Sembilan vs Sri Pahang: Kualiti Pemain Simpanan JDT Sebaik Pemain Utama
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Mungkin tidak ramai yang perasan bahawa dari 22 pemain yang bermain di atas padang ketika perlawanan antara Negeri Sembilan FC dan Sri Pahang FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi ada enam pemain simpanan dan pinjaman Johor Darul Ta’zim beraksi dengan seorang lagi diletakkan di bangku simpanan.

Tiga daripada mereka digunakan dalam kesebelasan Negeri Sembilan manakala tiga lagi bermain untuk Sri Pahang dengan Fandi Ahmad menyimpan seorang lagi pemain di luar.

Keenam-enam pemain yang diturunkan ini memberikan impak yang besar dalam perlawanan ini dan meskipun sebelum ini bergelut untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama JDT, mereka membuktikan mereka setaraf dengan pemain pasukan utama.

Advertisements

Ini membuktikan rejim latihan dan persaingan di JDT sangat intensif hinggakan pemain simpanan juga mempunyai stamina untuk bermain 90 minit permainan meskipun dikatakan kurang mendapat minit permainan kompetitif.

Malah pengendali Negeri Sembilan FC, K. Devan turut memuji pemain import pinjaman mereka, Levy Madinda yang padanya banyak membantu pasukan dalam mencorakkan serangan meskipun kurang bermain dalam perlawanan kompetitif ketika di JDT.

“Bagi saya Levy telah memberikan sumbangan yang begitu baik sekali dan meskipun sebelum datang ke Negeri Sembilan beliau kurang bermain dalam perlawanan yang kompetitif, dia berjaya bermain sepanjang 80 minit dan ‘match fitness’ ini adalah satu petanda yang baik buat kelab,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Advertisements

Sementara itu di kem Sri Pahang, Izham Tarmizi Roslan, Azrif Nasrulhaq dan Fadhli Shas dilihat tidak mempunyai masalah ketika beraksi dan mampu memberikan satu aksi yang mantap dalam membantu Tok Gajah mengikat skuad Jang.

Disini jelas terbukti bahawa pemain simpanan JDT juga setaraf dengan pemain utama hingga dapat membantu pasukan yang dipinjam membentuk sebuah pasukan yang mantap dan apa yang penting mereka boleh bermain di tahap yang tinggi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram