Penyerang kelahiran El Salvador, Nelson Bonilla kini secara rasminya milik Terengganu.
Pemain berusia 33 tahun itu diumumkan selaku tonggak baharu skuad Peteh pada aksi Shopee Cup bertemu Svay Rieng.
Tonggak berpengalaman ini diberi tanggungjawab untuk memacu jentera serangan Terengganu selepas terpaksa mengetepikan Ivan Mamut dalam tempoh panjang.
Beliau memiliki pengalaman luas beraksi di Liga Thailand bersama Sukhothai, Bangkok United, Port dan Chiangrai.
Malah, Bonilla juga pernah berkelana di Portugal dan juga Turki sepanjang kariernya sekaligus memberikan pilihan tambahan kepada Tomislav Steinbruckner.
Pemain ini memiliki nilai pasaran sekitar 250,000 Euro (RM1.2 Juta) berdasarkan kemas kini Transfermarkt.
Setakat ini, Terengganu memiliki 4 tonggak peledak import iaitu Ismaheel Akinade, Ivan Mamut, Nnabuike Chukwu Chijioke dan Bonilla.