Advertising
Nemanja Matic: Pemain Man United Tak Berdisplin Seperti Di Chelsea
MakanBola
Manchester United
Sponsors

Bekas pemain tengah Man United, Nemanja Matic menyifatkan sesetengah pemain pasukan itu sebagai tidak berdisiplin.

Sikap sesetengah pemain yang tidak berdisiplin dari segi pengurusan masa mengundang rasa tidak puas hati pemain lain yang cuba tiba di pusat latihan tepat pada masanya.

Ad

Ini sama sekali berbeza dengan satu lagi kelab lamanya, Chelsea. Matic menyifatkan disiplin sentiasa diutamakan oleh pasukan itu kerana itu menjadikan mereka lebih profesional.

Ad

“Di Chelsea, pemain-pemain berkelakuan profesioanl, mereka sentiasa menepati masa dan tidak pernah lewat untuk latihan tetapi di United, ini berlaku hampir setiap hari,” katanya kepada saluran YouTube, YU Planet seperti dilaporkan Daily Mail.

Ad

Pemain tengah veteran Serbia itu turut menamakan Paul Pogba dan Jadon Sancho sebagai antara pemain yang selalu lewat ke pusat latihan.

Ad

“Antara pemain yang selalu lewat ialah Paul Pogba, Jadon Sancho dan beberapa pemain lain. Kami pada ketika itu amat jadi kami putuskan untuk bentuk jawatankuasa disiplin dalaman dengan saya sebagai presiden.

“Saya tampal sehelai kertas di dinding di mana saya senaraikan nama individu yang datang lewat. Pada satu musim, kita mengumpul £75,000 (RM442,000).

“Kita sudah rancang untuk gunakan duit tersebut untuk menganjurkan satu parti di London tetapi kita tidak dapat lakukannya disebabkan penularan Covid,” ujarnya.

Selepas meninggalkan United pada akhir musim 2021-2022, Matic menyertai AS Roma pada musim lepas. Beliau kini beraksi bersama Stade Rennes dalam saingan Ligue 1.