Ads
Liga Super
KL City Football

Jurulatih KL City, Nenad Bacina memberi pesanan khas buat anak didiknya, Romel Morales jika perpindahannya ke JDT (Johor Darul Ta’zim) menjadi kenyataan.

Advertisements

Berita perpindahan penyerang berbiasa KL City itu terus menjadi topik bualan hangat peminat bola sepak Malaysia sehingga hari ini.

Advertisements

Beliau berharap agar penyerang berusia 26 tahun itu menjadi lebih berdisiplin dan membuang sikap yang negatif semasa sesi latihan.

Advertisements

Advertisements

Menurut Nenad, bakal penyerang Naturalisasi itu tidak mahu menyambung kontraknya yang berbaki 1 bulan lagi. 

“Apa yang saya ingat ialah (beliau) tidak mahu sambung untuk sebulan lagi. Ini khabar angin yang saya tidak boleh komen. 

Advertisements

“Sekiranya ini benar, saya ucapkan selamat berjaya kepada beliau. Beliau seorang pemain yang bagus.

Nenad Bacina percaya JDT mampu mengembangkan bakat Romel Morales menjadi seorang pemain profesional yang berkualiti tinggi.

“Beliau hanya perlu ubah sedikit sikap semasa sesi latihan. Beliau miliki potensi yang hebat, (cuma) beliau sekarang (berusia) 26 tahun dan perlu matang dari segi profesional,” kata Nenad kepada Astro Arena. 

Jurulatih berusia 52 tahun itu yakin bahawa Romel Morales seorang berpotensi tinggi untuk memberi impak positif di dalam pasukan gergasi. 

“Tapi sudah pasti beliau seorang pemain yang bagus,” kata Nenad kepada wartawan Astro Arena, Syifaa Nasir.

Advertisements

Sebagai seorang jurulatih pastinya mahu yang terbaik buat anak didiknya pergi ke peringkat tertinggi untuk lebih menyinar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram