Dunia
Advertisements

Newcastle Jets meneruskan aksi buruknya di A-League selepas tewas 1-4 ke atas pasukan di tangga ke-3 liga, Adelaide United.

Disebalik keputusan perlawanan buruk ini, berita baik buat pemain Malaysia, Liridon Krasniqi yang beraksi lebih 45 minit untuk perlawanan ini.

Liridon yang dimasukkan pada separuh masa ke-2 jelas memberi impak positif buat pasukan barunya dengan kawalan bahagian tengah pasukan membantu bahagian pertahanan dan serangan Newcastle Jets.

Advertisements

Kesemua gol Newcastle Jets dijaringkan pada separuh masa pertama manakala Newcastle Jets memperoleh gol saguhati pada minit ke-69 separuh masa kedua menerusi jaringan Stamatelopoulos.

Selepas 5 minit beraksi Liridon diberikan kad kuning setelah didapati mengkasari pemain Adelaide United.

Liridon juga hampir-hampir menjaringkan pada minit ke-79 namun ianya sedikit tersar ke kiri palang gol.

Advertisements
liridon shoot newcastle jets adelaide united clear Newcastle Jets 1-4 Adelaide: Kemasukan Liridon Beri Impak Positif
Liridon hampir menjaringkan gol pada minit ke-79.

Newcastle Jets akan bertemu Perth Glory di tempat lawan pada 27 Mac ini.

Sementara itu peminat Newcastle Jets terus menekan jurulatih pasukan sejurus perlawanan tamat, Deans untuk menyenaraikan Liridon dalam kesebelasan utama pada perlawanan seterusnya.

https://twitter.com/nickmajurovski/status/1373566874227597316

“Jika Liridon dan Ramy tidak beraksi perlawanan seterusnya kita semua tahu Deans (jurulatih) tidak perlu masuk (dipecat).”

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram