Ng Tze Yong: Saya Sudah Tidak Seperti Dulu
UltraSukan
Mikael Ropars/Badminton Photo
Advertisements

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mengakui terdapat perbezaan dalam corak permainannya dahulu dan kini.

Pemain berusia 24 tahun yang dihimpit kecederaan belakang bulan lalu sedar mengenai hal tersebut dan mengakui kecederaan ini menyebabkan perubahan dalam corak permainan beliau.

“Main bukan macam dulu. Memang ada beza”, lapor wartawan Astro Arena, Syifa Nasir.

Advertisements

Ketika ditanya mengenai pengejaran mata ke Sukan Olimpik Paris 2024, beliau berkata, fokus beliau kini untuk kembali dari kecederaan dan mempamerkan aksi terbaik di atas gelanggang.

“Saya pun tak fikir banyak sangat sebab saya perlu fikirkan kecederaan saya”, katanya kepada media.

Beliau juga kekal optimis dengan peluang untuk melayakkan diri ke Olimpik dengan beberapa baki kejohanan yang tinggal.

Advertisements

“Tetapi masih ada beberapa kejohanan lagi dan mungkin saya masih berada di peringkat kelayakan. Jadi masih peluang”, tambahnya lagi.

Tze Yong mengalami kecederaan belakang itu ketika beraksi di pusingan pertama Petronas Malaysia Open Januari lalu yang menyaksikan beliau terpaksa berehat daripada menyertai beberapa kejohanan.

Ketika ini proses pemulihan pemain kelahiran Johor ini sudah mencapai tahap 80% dan beliau sedang dalam persiapan membantu skuad badminton lelaki negara mempertahankan kejuaraan Badminton Asia Team Championship (BATC) yang dimenangi dua tahun lalu.

Advertisements

Skuad lelaki negara yang diundi di kumpulan B bakal membuka gelanggang Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024 pada 13 Februari ini di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram