“Niat Saya Nak Bantu Keluarga, Moral Saya Kini Terjejas Teruk” – Shahrul Nizam
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Pertahanan tengah pasukan Terengganu, Mohamad Shahrul Nizam bin Ros Hasni terkejut dan kecewa dengan apa yang terjadi.

Sebelum ini beliau dipanggil oleh Tan Cheng Hoe secara mengejut untuk kem latihan dan perlawanan pemanas badan menentang pasukan Jordan dan Uzbekistan.

“Jujur cakap, semua pemain teringin menyarung jersi kebangsaan. Ia seperti impian menjadi kenyataan. Kalau saya tahu tidak mungkin saya lepaskan peluang ini.” Jelas beliau kepada Labola

Advertisements

“Pengurusan pasukan memberi cuti selama lima hari selepas perlawanan menentang Selangor, jadi memang saya tiada perancangan lain dan terus balik kampung.

“Sampai di kampung saya turun ke laut. Kami keluarga nelayan. Niat saya tak lain turun ke laut membantu keluarga tapi bila sampai ke darat, baru saya dapat tahu tentang perkara ini (dipanggil melapor diri ke kem latihan kebangsaan) dan terkejut.

“Ia sudah terlewat, pasukan sudah pun terbang ke Jordan. Tetapi yang membuatkan saya kecewa dan moral saya terjejas teruk, saya dilabel tidak menghormati panggilan kebangsaan, saya dikatakan tidak serius dan macam-macam tohmahan lain.

Advertisements

“Saya minta maaf, dan saya harap akan diberi peluang lagi di masa akan datang,” ujar pemain kelahiran Bachok itu.

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu pasukan ranking ke-84 dunia, Uzbekistan dan pasukan ranking ke- 93 dunia, Jordan pada perlawanan persahabatan antarabangsa pada 6 dan 9 Oktober ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram