Nidzam Jamil: Bukan Masalah Selangor, Itu Pilihan Jeonbuk Hyundai
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil enggan mengulas berkenaan barisan kesebelasan utama yang diturunkan Jeonbuk Hyundai ketika aksi AFC Champions League 2 (ACL2).

Kedua-dua pasukan turun pada Rabu dengan misi penting untuk meraih tiga mata dan menerajui takhta kumpulan H sekaligus mencerahkan peluang mara ke pusingan kalah mati.

Ad

Aksi bermula baik buat Selangor apabila dua jaringan dalam masa 3 minit menerusi kapten, Harith Haiqal dan penyerang, Ali Olwan memberi kelebihan awal buat pasukan tuan rumah.

Ad

Walaupun Jeonbuk berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Kwon Chang-hoon sebelum babak pertama berakhir, namun tidak cukup buat pelawat meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Di sebalik kemenangan tersebut, timbul persoalan berkenaan tindakan Jeonbuk yang menurunkan beberapa pemain muda selain ketiadaan tonggak import pada aksi di Kelana Jaya ini.

Ad

Pengendali Jeonbuk, Kim Do-heon menurunkan 4 pemain di bawah usia 23 tahun seperti Jin Tae-ho, Kim Jung-hoon, Kim Ha-jun dan Park Chae-jun selain ketiadaan pemain import.

Ad

Bagi Nidzam sendiri, itu merupakan keputusan Jeonbuk dan pasukannya tidak berhak untuk memberi sebarang komen sebaliknya mahu kekal fokus untuk perancangan kelab.

Ad

”Saya rasa itu bukan masalah kita (Selangor), minta maaf. Itu adalah pilihan Jeonbuk Hyundai (untuk menentukan barisan pemain mereka),” jelas Nidzam kepada pihak media.

“Kita cuma mahu fikirkan halatuju kita,” tambah Nidzam sambil ditemani Ali Olwan dan Noor Al Rawabdeh di sesi sidang media.

Kemenangan epik ini meletakkan The Red Giants kini di tangga teratas kumpulan H dengan 7 mata sementara diekori rapat Jeonbuk Hyundai di tempat kedua dengan 6 mata.

Selepas ini, Selangor akan berdepan ujian getir Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Super manakala Jeonbuk bakal bertemu Jeju United dalam misi mengelakkan penyingkiran di liga domestik.