Nilai 3 Bintang Malaysia Cecah RM6.3 Juta
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia membuktikan bahawa kualiti yang dimiliki oleh pemain tempatan mampu berkembang seiring dengan prestasi pasukan di atas padang.

Kecemerlangan tiga bintang utama Harimau Malaya pada peringkat kelab dan negara menjadikan prospek yang dihasilkan oleh negara sentiasa mendapat perhatian umum.

Berdasarkan kemas kini nilai pasaran pemain oleh laman Transfermarkt, pemain paling bernilai Malaysia kini dipegang oleh pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Advertisements

Pemain berusia 22 tahun itu menjadi watak penting di bawah kendalian Tano Solari pada musim ini.

Arif sudah meledak 8 gol dan mencatat 11 bantuan jaringan di Liga Super selain merekodkan 6 jaringan di pentas antarabangsa bersama Harimau Malaya.

Advertisements

Nilai pasaran Arif ketika ini ialah 450,000 Euro bersamaaan (RM2.3 Juta) dan menjadi pemain termahal tempatan ketika ini.

Pemain paling bernilai di tangga kedua ialah pertahanan kental Malaysia, Matthew Davies.

Advertisements

Bintang berusia 28 tahun itu menjadi pilihan utama pada peringkat kelab dan negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemain kelahiran Australia mengumpul hampir 2000 minit di Liga Super musim ini dan sudah menjaringkan satu gol.

Advertisements
https://twitter.com/makanbolaplus/status/1731478623964537316?s=46&t=bAmfkXi0Ko4NcjHbEdo_Og

Pemain yang mesra disapa Matt Davies ini berada di tangga kedua dengan nilai pasarannya 400,000 Euro (RM2.03 Juta).

Pemain sayap lincah Selangor FC, Faisal Halim menghuni tangga ketiga sebagai pemain paling bernilai Malaysia.

Beliau kini sudah menjaringkan 6 gol dan mencatat 5 bantuan gol buat Malaysia selain terlibat dalam 18 jaringan (goal contribution) buat The Red Giants.

Nilai pasaran Faisal ialah 375,000 Euro (RM1.90 Juta) menurut Transfermarkt.

Kombinasi tiga pemain ini membawa kepada jumlah keseluruhan menjadi RM6.3 Juta sekaligus menjadi aset paling besar buat kelab dan negara bagi tahun 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram