Advertisement
Nilai Liga Super Malaysia RM250 Juta, Ke-3 Paling Bernilai Di ASEAN
Asia Tenggara
MakanBola
Johor Southern Tigers

Nilai Liga Super Malaysia mencecah 53.34 Juta Euro (RM250 Juta) dan kini menghuni tangga ketiga Asia Tenggara.

Kemajuan yang ditunjukkan oleh Liga Malaysia ini susulan persembahan cemerlang pasukan di Asia.

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan wakil tunggal Malaysia di AFC Champions League Elite (ACLE) manakala Selangor di AFC Champions League Two (ACL2).

Dua lagi wakil negara iaitu KL City FC dan juga Terengganu membawa cabaran Malaysia dalam saingan Asean Shopee Cup 2024.

Kemas kini oleh laman Transfermarkt menyaksikan Liga Super Malaysia berada pada kedudukan ketiga di Asia Tenggara sebagai liga paling bernilai tahun 2024/25 dengan 53.34 Juta Euro (RM250 Juta).

Kedudukan teratas dipegang oleh Liga 1 Thailand yang memiliki nilai tertinggi iaitu 75.48 Juta Euro (RM353 Juta) dan tidak tergugat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Liga 1 Indonesia berada pada tangga kedua liga paling bernilai Asia Tenggara dengan 67.34 Juta Euro (RM315 Juta) disusuli oleh Liga Super Malaysia.

Myanmar National League dan Laos Premier League merupakan dua liga dengan nilai tercorot di Asia Tenggara masing-masing dengan RM22 Juta dan RM11.6 Juta.