Dunia
Advertisements

Debut Luqman Hakim bersama KV Kortrijk dalam saingan liga tertinggi Belgium, Jupiler Pro League membantu meningkatkan nilai pemain berumur 18 tahun ini di pasaran pemain dunia.

Transfermarkt, sebuah laman data yang mengumpul data pemain seluruh dunia meletakan nilai pasaran Luqman naik dua kali ganda berbanding saat Luqman menyertai KV Kortrijk.

Prestasi memberangsangkan Luqman Hakim Shamsudin bersama KV Kortrijk menyaksikan nilai pasarannya naik dua kali ganda. Dalam debut Luqman di Jupiler Pro League, beliau menjadi watak penting untuk jaringan tunggal KV Kortrijk.

Advertisements

Laman Transfermarkt meletakkan nilai €150,000 (RM740,000) sebagai tanda harga baharu buat Luqman berbanding sebelum ini €50,000 (RM246,500).

Penyerang muda berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama membuat penampilan dalam liga utama Belgium, Jupiler Pro League selepas masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-74 ketika berdepan RSC Anderlecht yang dikepalai oleh bekas pemain Manchester City, Vincent Company.

Menurut Transfermarkt juga, Luqman berada dikedudukan ke-469 berbanding 529 pemain dalam saingan Jupiler Pro League 2020/2021.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram