Nilai Pasaran: JDT Di Tangga Ke-60 Kelab Paling Bernilai AFC
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelab gergasi Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di tangga ke-60 kelab paling bernilai dalam senarai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Juara bertahan Liga Super itu merekodkan pencapaian luar biasa musim 2023 apabila berjaya mengekalkan 4 trofi kejuaraan yang dimenangi pada tahun lalu termasuklah Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.

Perjalanan skuad Harimau Selatan di Asia bagaimanapun terhenti lebih awal selepas menamatkan saingan di tangga ketiga peringkat kumpulan tahun ini.

Advertisements

Pasukan milik DYAM TMJ sentiasa berkembang dalam dan luar padang dengan kemasukan pemain baharu kelahiran Argentina-Syria, Jalil Elias menambah kekuatan jentera tengah pasukan bagi tahun 2024/25.

Menerusi kemas kini terbaru oleh laman Transfermarkt, JDT kini berada di tangga ke-60 Asia sebagai kelab paling bernilai bagi tahun 2023.

Kelab yang berada di tangga teratas selaku pasukan paling bernilai adalah jaguh Arab Saudi, Al-Hilal dengan nilai pasaran sebesar 222.33 juta Euro (RM1.12 billion) diikuti oleh Al-Ahli (RM835 juta) dan Al Nassr (RM834 juta).

Advertisements

Nilai pasaran JDT adalah sekitar 12.58 juta Euro (RM64 Juta) dan menjadi satu-satunya pasukan dalam kelompok 100 kelab paling bernilai di Asia.

JDT juga mengatasi kedudukan beberapa kelab ternama di Asia seperti Melbourne City (ke-68) dengan RM57.8 juta, Pohang Steelers (ke-67) dengan RM58.3 Juta dan juga Buriram United (ke-71) dengan RM55.4 juta.

Skuad Harimau Selatan juga menghuni tangga ke-11 Asia seperti yang dikemas kini oleh laman FIFA berdasarkan laporan tempoh hari.

Advertisements

Bagi tahun 2024/25, JDT akan menjalani latihan pra musim di Portugal dan Sepanyol dengan DYAM TMJ mengesahkan bahawa pasukan berpeluang untuk menggunakan kemudahan di sama secara percuma.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram