Nilai pasaran tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Jese Rodriguez merudum sekitar RM2 Juta.
Pemain berusia 31 tahun itu telah melengkapkan perpindahan ke Malaysia bersama JDT setelah hampir 9 bulan sebagai ejen bebas.
Bekas tonggak Real Madrid itu kali terakhir beraksi bersama kelab Brazil, Cortiba sekitar akhir 2023 sebelum dilepaskan pada awal tahun 2024.
Beliau telah melakukan debut apabila turun beraksi menentang Gwangju dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).
Menerusi kemas kini oleh laman Transfermarkt, nilai pasaran Jese menurun hampir 400,000 Euro (RM2 Juta) setelah tidak memiliki kelab dalam tempoh yang cukup lama.
Saham beliau sebelum ini sekitar 900,000 Euro (RM4.28 Juta) kepada 500,000 Euro (RM2.4 Juta) setelah tiba di Malaysia.
Beliau dijangka bakal menjadi taruhan utama pasukan kendalian Hector Bidoglio ketika melayan kunjungan gergasi Korea, Ulsan HD pada 5 November ini.
JDT kini menghuni tangga keempat kumpulan di ACLE hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri selepas tiga perlawanan awal.