Nilai pasaran penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin selepas 9 bulan di Jepun mencuri tumpuan.
Pemain berusia 22 tahun itu dipinjamkan ke kelab Divisyen 3 Jepun, Yokohama SCC daripada KV Kortrijk di Belgium selama satu tahun.
Beliau sebelum ini menghabiskan masa bersama kelab Iceland, Njardvik namun tidak berjaya mendapatkan minit permainan yang diharapkan.
Perpindahan ke Jepun menyaksikan Luqman masih berjuang hebat untuk mendapatkan minit bermain sungguhpun memberi gambaran baik pada awalnya.
Luqman hanya beraksi sebanyak 4 perlawanan di sana dengan persembahan terakhirnya adalah ketika menentang Omiya Ardija pada 31 Ogos yang lalu.
Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, Luqman Hakim memiliki nilai pasaran sekitar 50,000 Euro (RM230,000) dengan nilai tertinggi pernah mencecah sehingga RM700,000.
Saham beliau jauh lebih rendah berbanding pemain seusianya seperti Arif Aiman (RM2.5 Juta) dan juga Haqimi Azim (RM578,000).
Kontrak beliau bersama Yokohama SCC difahamkan berakhir Disember 2024 sebelum pulang ke pangkuan kelabnya iaitu KV Kortrijk.
Beliau pernah menyatakan hasrat untuk kekal beraksi di luar negara sehingga habis kontraknya sebelum memikirkan langkah seterusnya.