Nilai Pasaran Michael Glassock Naik Mendadak Sejak Beraksi Di Liga Super Malaysia
Liga Super
Sri Pahang FC
Advertisements

Sejak beraksi dengan Sri Pahang FC pada awal musim 2023, nilai pasaran bek tengah Michael Glassock menunjukkan peningkatan mendadak.

Ini berdasarkan graf nilai perpindahan terkini beliau yang disediakan oleh Transfermarkt.

Pada tahun 2021, nilai perpindahan Glassock pada ketika itu ialah €50,000 (RM254,000) sebelum menurun kepada angka sifar pada Oktober 2022.

Advertisements

Pada ketika itu, bek tengah berusia 24 tahun itu masih lagi beraksi dengan kelab Australia, Sydney Olympics.

Angka tersebut kemudiannya berubah kepada €150,000 (RM763,000) pada Mei 2023, beberapa bulan selepas Glassock menyertai Sri Pahang. Kini, angka tersebut mencecah €200,000 (RM1.01 juta).

Advertisements

Perubahan ini berlaku disebabkan prestasi cemerlang Glassock bersama skuad Tok Gajah pada musim 2023.

Daripada 23 aksi liga yang disertai beliau, Sri Pahang meraih kemenangan sebanyak 11 kali, enam kali seri dan enam kali kekalahan.

Advertisements

Keadaan ini turut dibantu dengan gandingan mantap Glassock dengan Fadhli Shas dan Stefano Brundo di barisan pertahanan. Gandingan trio ini memastikan mereka hanya dibolosi 33 kali sepanjang musim 2023.

Dengan nilai tambah yang diberi Glassock kepada Sri Pahang, ramai penyokong berharap khidmat bek tengah Australia itu dapat dikekalkan untuk musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram