Njardvik Dilarang Turunkan Luqman Hakim
Eropah
MakanBola
NjarðvíkFC
Advertisements

Perpindahan pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin ke pasukan divisyen dua Iceland, UMF Njardvik ternyata bukannya satu tugas yang mudah apabila beliau dikatakan masih belum boleh diturunkan kelabnya dalam aksi liga.

Walaupun sudah diumumkan sebagai pemain baharu Njardvirk, namun ketiadaan permit kerja membuatkan Luqman terpaksa menunggu dengan penuh sabar untuk membuat kemunculan pertamanya bersama kelab tersebut.

Advertisements

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman instagram, UMF Njardvik Malaysia Fan yang telah memuat naik tangkap layar perbualan bersama pihak admin instagram kelab Njardvik. Pihak Njardvik juga berjanji untuk berkongsi lebih banyak konten berkenaan Luqman selepas ini.

View this post on Instagram

A post shared by Luqman Hakim Fan Club (@luqmanhakimfans_)

Advertisements

Sementara menunggu urusan permit kerjanya diselesaikan, Luqman dijangka akan diturunkan dalam perlawanan latihan yang akan diadakan tidak lama lagi. Pihak Njardvik turut mendedahkan bahawa mereka sudah bekerja keras untuk menyelesaikan kertas kerja perpindahan Luqman walaupun terdapat kesukaran memandangkan Luqman bukan berasal dari eropah.

Untuk rekod, Luqman Hakim telah tiba di eropah pada tahun 2020 dengan menyertai KV Kortrijk di Belgium. Sepanjang berada di Belgium, beliau berjaya merekodkan tiga penampilan bersama skuad utama KV Kortrijk. Selebihnya, khidmat Luqman banyak digunakan untuk perlawanan yang melibatkan skuad Bawah 21 tahun KV Kortrijk.

Advertisements

News Comments Account