Pasukan Liga Iceland, Njardvik kini berada dalam prestasi yang cukup memberangsangkan apabila mencatatkan kemenangan besar kali kedua berdepan Thróttur Reykjavík.
Pertemuan di tempat lawan menyaksikan pasukan bimbingan Gunnar Heidar Thorvaldsson meraih kemenangan penting untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga.
Njardvik kini berada pada kedudukan kedua tercorot liga selepas mengalami rentetan kekalahan ketika di bawah kendalian jurulatih lama.
Mereka bagaimanapun kembali menemui rentak yang diharapkan apabila meraih semula rentak di bawah jurulatih baharu.
Terbaru, Njardvik meraih kemenangan besar 3-5 di tempat lawan dan menjadi kemenangan kedua berturut-turut.
Mendahului 4 gol pada babak pertama, mereka berjaya mengekalkan rentak untuk mengekalkan kelebihan sehingga tamat permainan.
Keadaan bagaimanapun tidak memberi kelebihan kepada pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang tidak diturunkan pada perlawanan ini.
Kudrat beliau dijangka akan terus bersaing dengan Njardvik membawa masuk beberapa muka baharu untuk menajamkan jentera serangan pasukan.