Nooa Laine “Man of The Match” Bantu SJK Seinäjoki Di Pentas UEFA Europa Conference League
Dunia
Nooa Laine
Advertisements

Bintang muda sensasi negara, Nooa Laine beraksi cemerlang bersama SJK Seinäjoki sungguhpun pasukannya terpaksa akur tewas 1-0 kepada FC Flora dalam pentas UEFA Europa Conference League.

Pemain berusia 19 tahun itu turun dalam kesebelasan utama pasukan dan beraksi dengan begitu konsisten dalam 90 minit permainan.

Beliau jelas mendominasi bahagian sayap kiri dengan gerakan-gerakan lincahnya telah memerangkap barisan pertahanan lawan.

Advertisements

Malah, Nooa kelihatan begitu selesa untuk mengawal bola di kaki selain hantaran-hantaran berkualitinya seringkali membuka ruang buat rakan sepasukan.

Malah, pemain kelahiran Malaysia-Finland ini juga berupaya untuk membantu barisan pertahanan tatkala serangan balas pantas yang direncanakan oleh lawan berjaya disekat dengan baik.

Bukan itu sahaja, bekas pemain bawah 17 Finland ini seringkali mendapat kepercayaan oleh Joaquin Gomez apabila beliau sudah pun beraksi sebanyak 13 perlawanan dalam kesemua pertandingan.

Advertisements

Nooa dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan setelah menjadi tunjang utama buat pasukannya pada perlawanan tersebut.

Ini merupakan perlawanan separuh pertama dan mereka dijadualkan bertemu semula pada 14 Julai ini bagi mengesahkan slot ke kejohanan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram