Nooa Laine Dipanggil Sertai Finland
MakanBola
fadhirulshuhaimi
Sponsors

Ketua jurulatih baharu skuad Finland bawah 21 tahun, Mika Lehkosuo memanggil pemain warisan Malaysia, Nooa Laine sertai kem latihan tertutup pasukan berkenaan.

Nooa Laine yang dilahirkan di Finland memiliki pertalian darah Malaysia dan kini beraksi bersama pasukan utama Seinäjoen Jalkapallokerho (SJK) yang kini beraksi di liga kasta tertinggi Finland, Veikkausliiga.

Ad
Sponsors

Menurut laporan yang dikeluarkan laman rasmi SJK, Nooa Laine bersama rakannya dari pasukan yang sama, Otto Kemppainen dipanggil ke latihan pusat tertutup menentang Sekolah Sukan Pertahanan Finland.

Ad

Kelabnya turut mengucapkan tahniah kerana terpilih mewakili negara ke kem latihan kali ini. SJK kini berehat dari sebarang aktiviti liga yang berehat untuk kempen Piala Dunia kini dalam fasa latihan tambahan sebelum bersambung Januari ini.

Nooa Laine merupakan pemain muda berbakat berumur 20 tahun kelahiran Jyväskylä, Finland yang kini telah beraksi sebanyak 16 kali musim ini dan menjaringkan 1 gol.

Ad

Beliau sebelum ini berada dalam radar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk pemain berdarah Malaysia yang beraksi di luar negara dan masih layak dipanggil mewakili Malaysia selain pernah hadir ke Kuala Lumpur berlatih untuk persediaan Sukan Sea.

Ad