Nooa Laine Ledak Gol Pertama Di Liga Finland
Dunia
veikkausliiga
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine berjaya meledak gol pertamanya dalam saingan Liga Utama Finland (Veikkausliiga) bersama SJK Seinajoki. 

Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama beraksi di posisi tengah menyerang dan mencatat nama sebagai penjaring kedua dalam perlawanan tersebut.

Selepas 13 perlawanan bersama SJK Seinajoki, pemain berusia 19 tahun ini akhirnya meledak gol dengan aksi yang menakjubkan. 

Advertisements

Beliau bijak mengasak pertahanan lawan sehingga hilang bola dan melakukan larian kehadapan lalu melepaskan rembatan deras ke arah gawang gol.

Pada aksi kelayakan UEFA Europa Conference League (UECL) sebelum ini, Nooa Laine pamer ketajamannya apabila turut mencatat nama sebagai penjaring meskipun pasukannya tewas. 

Kualiti yang ada pada prospek muda ini cukup membuktikan beliau layak untuk beraksi bersama Harimau Malaya di masa hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram