Azraai Khor Anggap Malaysia Beruntung Miliki Bakat Istimewa Seperti Nooa Laine
Dunia
NST
Advertisements

Bekas pengendali double treble pasukan Kedah, Azraai Khor Abdullah kelihatan teruja dengan keputusan pemain kelahiran Finland-Malaysia, Nooa Laine yang memilih untuk mewakili pasukan muda negara.

Beliau menjelaskan bahawa penambahan kualiti dan pengalaman yang dimiliki oleh pemain muda tersebut amat penting bagi menambah kekuatan pasukan kendalian Brad Maloney.

Sungguhpun beliau menganggap panggilan tersebut merupakan satu perkara yang agak mengejutkan, namun sumbangan beliau pasti memberi impak yang besar buat Malaysia.

Advertisements

Malah, menurut satu temubual oleh Astro Arena, beliau merasakan bahawa persiapan rapi juga diperlukan untuk membentuk skuad yang mantap.

’Saya melihat pemain ini memiliki kekuatan dan sekiranya berada dalam pasukan sudah pasti ia memberi kelebihan.’

Sungguhpun khidmat Nooa hanya bakal dipertaruhkan di Pentas Piala Asia di Uzbkekistan nanti, namun kehadiran beliau mampu untuk menyuntik semangat buat pasukan ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Azraai menyatakan sokongan dan kepercayaan penuh kepada Brad yang dilihat sudah bersedia untuk bertarung dalam kumpulan maut di Sukan SEA nanti.

Pengendali berusia 74 tahun itu yakin jurulatih kelahiran Australia itu mempunyai ramuan terbaik untuk memacu pasukan dalam kejohanan tersebut.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan Thailand, Singapura, Laos dan juga Kemboja dalam usaha memburu pingat emas selepas kali terakhir berjaya pada edisi 2011.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram