Pemain tengah kebangsaan, Nooa Laine tetap yakin dengan peluang Malaysia meraih keputusan positif apabila bertemu Vietnam dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027.
Aksi terakhir Kumpulan F itu menyaksikan anak buah Peter Cklamovski berdepan Vietnam di Stadium Thien Truong pada 31 Mac ini.
Meskipun sedar Malaysia berdepan tugas sukar di bumi Vietnam, Nooa tetap yakin dengan keupayaan skuad negara untuk meraih keputusan positif.
“Sudah tentu, setiap perlawanan yang kita pergi, saya mahu menang. Dan saya fikir perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi satu aksi sukar.
“Tapi saya fikir kita juga mempunyai satu pasukan yang bagus. Dan saya fikir ini akan menjadi perlawanan sukar tetapi saya fikir kita boleh mendapatkan kemenangan,” katanya.
Malaysia berharap dapat meraih kemenangan ke atas Vietnam buat kali pertama sejak tahun 2014. Tahun tersebut menyaksikan Harimau Malaya menewaskan Vietnam 4-2 dalam separuh akhir kedua ASEAN Championship.
Safiq Rahim, Shukor Adan, Norshahrul Idlan Talaha dan gol sendiri Dien Tien Thanh memastikan kemenangan buat Harimau Malaya. Vietnam membalas menerusi dua gol Le Cong Vinh.
Vietnam dijangka tampil bersemangat selepas menewaskan Bangladesh 3-0 dalam aksi persahabatan baru-baru ini.