Norizam Tukiman Anjur Majlis Makan Bersama Penyokong Kelantan
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Dengan Kelantan kini terumbang-ambing di kedudukan kedua tercorot Liga Super, ini bukan sesuatu yang positif buat penyokong The Red Warriors (TRW). Ditambah dengan pelbagai isu dalaman yang membelenggu kelab, ramai mengharapkan majlis makan yang akan dianjurkan pemilik kelab, Norizam Tukiman mampu merungkai semua persoalan yang timbul.

Ini selepas Norizam atau mesra dikenali sebagai Zamsaham mengumumkan penganjuran majlis berkenaan pada 3 Jun ini di Zamsaham Burger, Kota Bharu. Program ini sepatutnya diadakan pada bulan Syawal tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan beliau menghadiri expo produk halal di Kanada baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, beliau turut berjanji bakal mengadakan sesi soal jawab bersama penyokong. Ini bagi memberi peluang kepada penyokong mengetahui semua isu yang timbul berkenaan skuad Kijang.

Advertisements

“Saya mohon maaf kerana jadual nak buat awal masa raya tak tercapai kerana saya hadir expo halal di Kanada, Insha Allah semua yang berkelapangan hadir pada 3 Jun 2023, Sabtu di Zamburger Kelantan, Kota Bharu. Ada ruangan sesi soal jawab. Jemput semua hadir,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sesi soal jawab ini pastinya dinantikan ramai penyokong Kelantan bagi mengetahui apa sebenarnya berlaku kepada pasukan mereka. Ini termasuk masa depan jurulatih mereka, Frank Bernhardt selepas TRW mengalami siri kekalahan berturut-turut dengan yang terbaru, tumpas 4-2 kepada Terengganu dalam aksi suku akhir Piala FA 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram