Norizam Tukiman Mahu Bina Padang Latihan Sendiri Jika Menang Kes Saman KAFA
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Dengan pelbagai isu yang membelenggu Kelantan ketika ini, pemilik kelab, Norizam Tukiman bukanlah orang popular dalam kalangan penyokong. Di sebalik semua itu, beliau berharap dapat membina padang latihan The Red Warriors (TRW) sekiranya memenangi kes saman dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Setahun lepas, Norizam mendedahkan bahawa beliau telah menyaman entiti tersebut. Ini selepas KAFA didapati masih gagal melunaskan pinjaman RM3.8 juta daripada beliau yang digunakan untuk melunaskan hutang pemain dan agensi tertentu.

Justeru, sekiranya wang tersebut berjaya diperoleh semula, Norizam berharap ia dimanfaatkan untuk merealisasikan impian TRW memiliki pusat latihan sendiri. Impian melihat Kelantan mempunyai pusat latihan sendiri bukan sekali dinyatakan beliau dalam beberapa hantaran Facebook sebelum ini.

Advertisements

“Doakan saya dapat menang kes saman tuntutan hutang RM3.8 juta dari KAFA. Duit tu nak pakai buat padang latihan #TRW,” katanya dalam satu catatan di Facebook.

Di media sosial, ramai mengharapkan kesudahan yang baik berkenaan kes saman membabitkan Norizam dan KAFA. Ini bagi memastikan kedua-dua pihak dapat mencari jalan penyelesaian bersifat menang-menang dan seterusnya memberi sinar baru kepada perkembangan bola sepak negeri berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram