Advertising
Norway Tak Mahu Turun Beraksi Menentang Israel
Eropah
MakanBola
Herrelandslaget

Persekutuan Bola Sepak Norway (NFF) memaklumkan dengan tegas bahawa mereka tidak akan menurunkan pasukan itu untuk aksi menentang Israel.

Pendirian itu dinyatakan Presiden NFF, Lisa Klaveness selepas cabutan undi pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Eropah baru-baru ini.

Ad

Cabutan undi menyaksikan pasukan yang diberi jolokan Lovene itu berada dalam Kumpulan I bersama Israel, Moldova dan Estonia.

Ad

Satu lagi slot bakal diisi sama ada Jerman atau Itali. Pasukan yang tewas dalam suku akhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL) bakal mengisi slot terakhir Kumpulan I.

Klaveness berpandangan cabutan undi tersebut merupakan sesuatu yang sukar lebih-lebih lagi dengan situasi keganasan yang dicetuskan rejim Israel terutama di Semenanjung Gaza.

Ad

“Cabutan undi ini sangat sukar buat kita. Kita tidak boleh bersikap endah tak endah terhadap serangan ganas yang dilancarkan Israel ke atas populasi orang awam di Gaza untuk satu tempoh yang lama,” katanya seperti yang dilaporkan Press TV.

Ad

Atas sebab itu, Klaveness melihat NFF berdiri bersama kerajaan Norway untuk menyeru keganasan rejim dihentikan di Semenanjung Gaza dan gencatan senjata dilaksanakan.

Ad

Beliau turut menyatakan NFF aktif di pentas antarabangsa untuk menyeru agar Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) dikenakan sekatan dan penggantungan.

“Israel masih lagi sebahagian daripada pertandingan-pertandingan UEFA. Kita perlu tangani (isu tersebut). Kita memantau situasi tersebut dengan FIFA, UEFA dan pihak berkuasa Norway,” tambahnya.

Mengikut jadual perlawanan, Lovene dijangka berdepan Israel pada 25 Mac dan 11 Oktober 2025. Sebaik pengumuman tersebut dibuat, ia mendapat sambutan baik ramai pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA).

PFA lantas menggesa FIFA dan UEFA agar mengenakan tindakan tegas ke atas IFA termasuk penggantungan keahlian daripada badan induk tersebut.