Nuneaton Borough Pasukan Baru Kobe Chong
Malaysia
Nuneaton Borough FC
Advertisements

Selepas dilepaskan AFC Telford United, Kobe Chong tidak menunggu lama untuk mendapat pasukan baru. Ini selepas Nuneaton Borough mengumumkan perpindahannya secara percuma ke kelab berkenaan hari ini.

Kehadiran bekas pemain remaja Cagliari itu sudah mengundang keterujaan dalam kalangan penyokong Boro. Menurut kelab divisyen ketujuh England itu, perpindahan ini takkan berlaku tanpa sokongan penyokong yang menyumbang kepada kempen Boost The Budget mereka.

“Amat gembira menyertai Nuneaton Borough FC, bagus menyertai kelab dengan hala tuju yang tepat. Masa untuk bekerja!” kata Kobe dalam satu ciapan di Twitter selepas perpindahannya disahkan.

Advertisements

Bagaimanapun, bekas pemain Peterborough itu tidak dapat menyertai rakan-rakan sepasukan barunya dalam perlawanan menentang Stratford Town hari ini. Ini disebabkan kelab belum menerima perlepasan untuk menurunkan Kobe dalam perlawanan hari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram