Olimpik Paris: Lee Zii Jia Bawa Pulang Gangsa, Tundukkan Lakshya Sen
UltraSukan
Majlis Sukan Negara Malaysia
Sponsors

Jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara di temasya Olimpik Paris setelah bangkit penuh bergaya tewaskan Lakshya Sen.

Setelah tumpas di tangan juara dunia, Kunlavut Vitidsarn di peringkat separuh akhir, Zii Jia turun berdepan Lakshya Sen dengan misi membawa pulang pingat gangsa untuk negara.

Ad

Dari segi rekod pertemuan, pemain dari India ini jelas miliki kelebihan selesa setelah mencatatkan empat kemenangan dalam lima aksi terdahulu membabitkan kedua-dua jaguh ini.

Ad

Sen memulakan aksi dengan garang untuk meninggalkan Zii Jia di awal permainan dengan memanfaatkan beberapa kesilapan-kesilapan mudah yang dilakukan wakil negara.

Meskipun ketinggalan 5-11, Zii Jia berusaha bangkit untuk mengejar mata lawan hasil taktik rally dan smash kencang namun, Sen segera menamatkan aksi set pertama 21-13.

Ad

Bersambung di set ke-2, Zii Jia mencuba untuk memungut mata dan berjaya memintas kedudukan wakil India ini hasil kutipan 7 mata berturut-turut dari ketinggalan 5-8 menjadi 12-8 di pertengahan aksi.

Ad

Kedudukan Zii Jia sempat goyah buat seketika apabila Sen hampir menyamakan mata dan jaguh kelahiran Kedah ini tidak beri peluang untuk merampas set kedua 21-16.

Di set penentuan, giliran Zii Jia pula untuk mendahului jauh lawannya itu 8-2 hasil selepas memanfaatkan kecederaan ringan yang dihadapi di bahagian siku kanan Sen.

Sen mula kehilangan fokus dan momentum dengan mudah melakukan beberapa kesilapan yang menghadiahkan kemenangan buat Lee Zii Jia.

Aksi di gelanggang 1 berakhir dengan kemenangan buat Lee Zii Jia.

Dengab keputusan ini, pingat gangsa sah menjadi milik Lee Zii Jia, wakil perseorangan lelaki Malaysia.